tq ye!
Surat dari seorang sahabat buat temannya.. - saja berkongsi.
Aku minta maaf lama tak jenguk kau, lama tak meminta khabar dari kau. Maaf juga kerana tak menjadi sahabat atau teman seperti yang kau harapkan.
Aku terkejut bila tengok status2 kau di facebook dn twitter. Teruknya aku sebagai kawan kau, tak ambil tahu tentang keadaan semasa kau. Sorry, bukan maksud aku nak membawa diri dan memutuskan perhubungan mahupun persahabatan antara kita. Maafkan aku sebab tak jadi kawan yang sentiasa hadir di saat kau kesusahan, di saat kau memerlukan. Mungkin keadaan aku tak mengizinkan aku untuk bersama kau di saat bergenang matamu menakung air mata.
Walau aku tidak tahu apa sebenarnya yang mengganggu fikiranmu wahai teman, aku tidak akan pernah melupakanmu. Aku cuma mampu menyusun kata-kata yang biasa juga kau dengar dari mulut insan lain. Namun, aku coretkan kata-kata ini khas untukmu. Moga dapat kau merasai belaian kasih dariku.
Ingatlah temanku, ujian dari Allah bukan saja-saja, bukan sia-sia. Allah punya agenda-Nya sendiri. Sungguh, hanya Dia yang mengetahui. Pasti ada yang sengaja Allah sorokkan dari kita supaya kita singkap hikmahnya dengan mata hati. Jangan diikutkan perasaan, jangan hanyut dalam lara kesedihanmu. Sabarlah, dan carilah damai dari Tuhan.
Di saat kita harus memilih dia antara dua perkara yang begitu bermakna dalam hidup kita, itulah ujian buat kita. Di saat kita diuji dengan kekurangan wang, itulah ujian buat kita. Di saat kita ditinggalkan orang2 yang benar2 kita kasihi, itulah ujian buat kita. Di saat kita baru sahaja menghembus nafas lega kerana berjaya menongkah arus yang begitu menghanyutkan, di situ jugalah datang sang badai tanpa diduga. Itulah juga ujian buat kita. Bukankah hidup ini berkisar dengan ujian yang datang silih berganti?
Di saat itu, pasti kita merasakan bahawa sangat berat ujian yang Allah datangkan. Tiada siapa yang faham dan akan faham keadaan kita. Mudah untuk orang lain meminta kita bersabar, hati kita yang remuk. Hanya kita yang tahu rasanya, bukan orang lain.
Aku pasti, kita takkan pernah bisa lari dari ujian Allah. Atau boleh juga aku katakan, Allah tidak pernah berhenti dari menguji hamba-Nya.
Kenapa?
Kerana itu tanda kasih-Nya pada kita. Supaya kita kembali pada-Nya dan terus merintih kepada-Nya. Itu juga sebenarnya tarbiyah dari-Nya. Agar kita tidak hanyut dalam dunia yang hanya dihiasi dengan permainan dan senda gurau semata-mata.
Tapi ingatlah, Allah tidak pernah mendatangkan ujian dan beban yang berat melebihi apa yang mampu kita tanggung. Dan di setiap kesusahan itu pasti akan datang kemudahan selepasnya. Percayalah. Aku pernah merasainya. Sungguh, masalah yang kita hadapi itu bukanlah seberat mana yang kita sangkakan. Ada manis pada pengakhirannya. Kita akan menghadapinya dengan mudah dan tenang.
Maka wahai teman, carilah Allah. Jangan pernah berhenti merintih dan berdoa. Mintalah pada Dia. Sesungguhnya setiap masalah datangnya dari Dia, Dia jualah yang mendatangkan rasa hampa dan sedih. Maka, Dialah sebaik2 tempat untuk mengadu, kerna Dialah yang bisa menyelesaikan setiap apa yang menjadi kekusutan dan gelora dihati kita. Sesungguhnya, telah tersusun beribu hikmah di sebalik ujian yang Dia sediakan.
Yakinlah, Allah tidak pernah menghampakan hamba-Nya, walau secara zahirnya kita merasa hampa, kita merasa tercalar hati kita bagaikan sudah tiada lagi hari esok untuk kita perbetulkan segalanya.
Ayuh pujuklah hatimu. Ujian yang menimpa kita apalah sangat jika dibandingkan dengan orang lain. Ingatlah bahawa ada yang lebih menderita dan kurang bernasib baik berbanding dengan kita. Malah ada yang bertarung sepenuh keringatnya untuk menyelamatkan nyawanya. Pujuklah hati dengan ingatan2 seperti itu. Itu juga yang aku lakukan untuk membalut luka di hati.
Berbaik sangkalah pada-Nya. InsyaAllah hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa datang di celah-celah duri yang melukakan.
Wassalam.
-Hamba Allah
Sayang fiza!








